Sunday 29 January 2012

Wasiat Ummi



إن الحمدلله نـحمده نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له اشهد ان لا إلـٰه إلا الله و أشهد أن محمدا عبده و رسوله. أما بعد


Wasiat ummi

Wahai puteri-puteriku di Dar Asma',
Sebelum ummi memejamkan mata meninggalkan dunia yang fana ini,
ummi ingin mewasiatkan beberapa perkara kepadamu
agar dengan wasiat ini boleh memandumu
untuk hidup sentiasa dalam sunnah Nabi SAW.

1. Sentiasalah bersama dengan AL-QUR'AN dan jadikannya sebagai teman setia
di kala senang dan susah. Di situ kau akan merasakan Allah SWT sangat dekat
dan mendengar tahmid dan syukurmu serta keluhan dan rintihanmu

2. Gerakkan lidahmu untuk menyebut nama Rasulullah SAW sebagai selawat
keatasnya semoga dengannya lahir mahabbah dan semangat untuk
mencontohi hidupnya dan zaujahnya.


3. Faham akan perjuangan Nabi SAW yang telah banyak melalui ranjau
disepanjang jalan selama 23 tahun , tanpa mengaku kalah walaupun terpaksa
mengorbankan jiwa dan harta kerana itulah SATU-SATUnya jalan untuk
ummatnya tempuhi demi memasuki SYURGA ALLAH

4.Untuk mengekalkan kamu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW ,
binalah MADRASAH kecil di dalam rumahmu,
agar anak-anak dapat merasai hebat dan kagum mendapat tarbiyyah langsung
dari ibunya, bekas pelajar di DATQ.

5. Ingatlah bahawa KEMEWAHAN bukan segala-galanya.
Hidup mesti ditempuhi di atas Qadha & Qadar Allah SWT
walaupun dijodohkan dengan pasanganyang berlainan fahaman,
kekurangan material, kehadiran anak yang tidak normal
dan keluarga yang menolak dakwah Sunnah Nabi SAW.

6. Amalkan segala ILMU yang dipelajari di DATQ dan tambahkan lagi mencari
ilmu soheh sampai nyawa berpisah dari jasad kerana dengan ilmu
hidup akan sentiasa bersemangat
dan dapat mengatasi segala ujian dan mehnah yang dilalui.

7. Di tangan antunna masa depan ummat Islam. Janganlah TARBIYYAH
RABBANI yang dibina bersama di DATQ hancur disebabkan kelalaian
dan ketamakan kita kerana mengejar nikmat dunia.
Hendaklah kita semua TIDAK REDHO sekiranya ada manusia
yang cuba merosakkan MANHAJ yang telah melahirkan para mujahidah….
yang hidup mereka hanyalah untuk Allah dan RasulNya.

8. Jangan lupa untuk sentiasa BERDOA kepada Yang Maha Esa untuk diri,
keluarga, mudirah, ustazah, muslimin dan muslimat seluruhnya.
Semoga doa ikhlas dari mu di saat kesusahan
dan kesenangan menjadikan sebab Allah SWTmenghapuskan semua dosa-dosa kita
dan menjauhkan kita dari azab neraka.

Wahai puteri - puteri ummi yang disayangi,
Wasiat yang ummi buat ini bukanlah untuk kamu ta'sub kepada ummi.
Wallahi, bukan itu niat ummi , ta'sub kita hanya kepada Allah dan RasulNya.
Sebenarnya ummi ………uhibbu kunna fillah.

Janganlah pula setelah tamat pengajian di sini , kamu lupa untuk kembali
melihat ummi dan ustazah serta adik-adik. Usah malu kemari kerana inilah
tempat kamu membesar sejak belum baligh hingga mencecah remaja tua.
Ingat ! kita sama-sama berjuang dengan keringat dan air-mata untuk
menghidupkan tarbiyyah rabbani.


Ummi selalu berdoa kepada Allah SWT agar kita semua: puteri-puteri ummi,
‘Ummi dan keluarga bersama-sama di Jannah Al-Firdaus, InsyaAllah,
Ummi sentiasa khayal perasaan gembira kita di syurga dengan ucapan……
Salam... Salam…. Salam , berpeluk-pelukan kerana telah bebas dari azab Allah SWT.

Akhirnya,
maafkan ummi diatas segala yang tidak disukai oleh Allah SWT dan RasulNya
yang telah ummi lakukan kepada kamu, kerana kesilapan
yang terjadi bukan diatas kehendak ummi, tetapi itulah manusia.....
yang tidak terlepas dari kelemahan dan kealpaan.

Ya Allah!! ampuni segala dosa-dosa ummi dan terima segala amal soleh yang
ummi usahakan untuk dipersembahkan kepada Mu.
Ya Allah...
Ya Allah!! jadikanlah puteri-puteri ummi,

mereka yang meneruskan perjuangan menegakkan
Al-Qur'an dan As-Sunnah diatas muka bumiMu
Tolonglah mereka, Lindungilah mereka dari segala urusan yang dapat menyesatkan mereka.
Janganlah Engkau uji mereka dengan apa yang tidak sanggup mereka pikul.
Ampunilah mereka, maafkan mereka dan rahmati mereka.
Engkaulah penolong kami maka selamatkanlah kami dari kaum Kaafiriin.
Amiin.....amiin Ya Rabbal Alamin

Dari ummi mu,
(Ummu Ja'far @ Jaddah Jaabir)
Jumaat, 1hb Zulhijjah 1432 H / 28 hb Oktober 2011 M

jam 11.31 mlm


6 comments:

  1. kepada semua pelajar Dar Asma' yang membaca Wasiat Ummi, diminta untuk menghubungi pihak sekolah ditalian:
    09-7860591

    sila e-mailkan
    nama penuh:
    alamat rumah:
    alamat e-mail:
    no. telefon rumah / telefon bimbit:
    kepada sazzarine_blackrose@rocketmail.com.

    ReplyDelete
  2. setelah antunna membaca wasiat ini,
    diharapkan antunna dapat memberi pandangan
    samaada setuju atau tidak kita adakan Jalinan Kasih kali yang ke-2,
    kami menanti pandangan dari antunna semua.
    jazakunnallah khairan katsira diatas kerjasama antunna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat2 setuju!!..hehe..macamla pelajar lame..nape xde org yg reply..i.ALLAH jalinan kaseh kali ke-2 ni dpt kmbalikan hati2 & iman kite ke jalan yg dredhai..lets reach 4 paradise!!..takbirr..Allahuakbar..

      Delete
  3. subhanallah...sungguh,aku kagum dgn kata2 ummi ini...mohon doa semoga aku tergolong dl kalangan org2 soleh-solehah...amen

    ReplyDelete
  4. Ssgt setuju..! Jgn pernah stop buat jalinan kasih.. hope sgt 1 day ana dpt join hadirkn diri ke progrm ni akan dtg.. in shaa Allah. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Msyallah rindu nya rsa pd umi,ustzh dn kwn ii sperjuangan disana... Moga mereka sentiasa dibawah jagaan Allah..
    Sy stuju utk adakan jalinan kasih kali kdua, sbb itulah salah stu cra utk kita brsma ii brkumpul, brkongsi pngalaman hidup dn paling penting, sling mngingatkn kmbali tarbiyyah yg tlh pun kita smua lalui..moga sgala urusan kita dimudhkn Allah sllu...dn sy brhrp agr sy dn kwn ii lain dpt sertai sma dlm jalinan kasih kali kdua nnti, amiin!

    ReplyDelete